Ahad, 1 Mei 2011

kamu si bunga

Assalamualaikum... 

cik blog, entry ni khas untuk insan yang aku sayang... yang teramat sayang.. moga2 persahabatan kami diredhai oleh Allah S.W.T.


Bunga...
pada pengamatanku,kamu adalah insan istimewa...
tilawahmu menyejukkan hatiku yang gundah gulana...
kata2 memujuk darimu lembut menyapa...
membuat diri yang kacau tenang semula...
gurau sendamu menyingkirkan lara...
bicaramu membuatku tunduk mendengar kata...
kamu pengubat suka duka... 

bunga...
tahukah kamu...
Hati wanita bagaikan lautan yang penuh rahsia...
yang tak terjangkau dek akal mahupun deria...
hati yang sentiasa penuh dengan cinta...
terhadap Allah, Rasul dan ibu bapa...
termasuk juga dia si jejaka...

tapi,
cinta manusia akan membuat kamu menderita...
saat kamu terluka,kamu akan merana...
aku tak mampu menghalang hatimu yang berkata2
namun bunga, 
kata2 ahli sufi ini khas aku senandungkan untukmu yang tercinta...

"cinta manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang hakiki untuk seorang insan dan ia tak kekal abadi kerana manusia itu sering membuat seseorang kecewa,gagal dan merasa terseksa. Oleh itu,tiada satu pun cinta yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri - Rabiatul Adawiyah"

dear, bukan maksud aku taknak ko kapel.. tapi nak ko tahu, suma benda yang kita nak ada risiko.. take a risk.. sama je ngan cinta... risiko utk kecewa tu sangatlah tinggi selagi DIA tak temukan kita dengan Adam yang sebenarnya... bear in your mind,im with you.. no matter what.. insyaALLAH...

babai cik blog~~ moga pesanan aku ni sampai kat dia.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan