Ahad, 24 Jun 2012

jejak kaki

Assalamualaikum..

hye cik blog... 

lama aku tak jenguk ko.. makin gemuk nampak? hihihi...

cik blog,

aku dah jejak sem baru... semester 6.. means, tinggal 2 semester je lagi nak abes blaja... result sem lepas, alhamdulillah.. 3.83.. unexpected.. since aku rasa mcm flunk je paper last sem.. huhu.. 
but im grateful to ALLAH..  

cik blog, 
nape yer lately aku sangat sukar nak tido malam? if tido, aku mimpi pelik2.. kadang2 mimpi sampai nangis2... 

hurm... 

cik blog,
aku rasa nak give up... dah tak tahan.. menjeruk hati.. sayang tapi useless... tapi kuat ke aku nak hadapi semua ni? ntah, aku tak tahu...

aku harap semester ni dapat dilalui dengan baik.. moga2 praktikum aku jugak lancar.. amin..

semoga diri bertambah kuat... bertambah baik.. bertambah amal ibadat..

k la cik blog.. nak tido.. sok ada kuliah.. nanti sembang lg ye..

Sabtu, 5 Mei 2012

confession? ntah~~

Assalamualaikum..
Cik blog, saya suka dia.. dia selalu buat saya ketawa dan sengih sorang2.. termasuk malam ni.. haih.. ngeng dibuatnya.
Cik blog: asal sopan sangat ko malam ni? Hahahaha..
Aku: sopan pun salah ke? Yela2.. aku SUKA dia.. =.=
Cik blog: okay. Talk. I’m listening.
**
Sejak aku kenal dia, yep, i’m happy. Seriously. Alhamdulillah. He’s a good friend. Even kenal alam maya sahaja. Cukup untuk buat aku senyum tiap2 hari. Sharing everything. And dia tak bosan dengar aku bercerita tentang apa saja. Meskipun masa tu aku ngah rabak and down. Pasal apa rabak? Toksah Tanya.. benda lama. Ulang tayang buat apa? Sekadar nak bagi tears rolling down the cheek ke? Takyah.. ko dah redha suma tu kan? insyaALLAH.
Okeh, back to story telling tadi.
Bagi aku, dia sangat baik. Sangat lepak. Sangat penuh dengan sense of humour. Sangat humble. Sangat softspoken. And seriously, i like him.
*Even kat luar macam tak kenal langsung *.
 Aku tak penah cakap kat sape2 till one day yang sangat merubah segalanya. Allah... beratnya rasa. Kuatkanlah kami.  
Aku appreciate apa yang dia rasa sebab aku pun rasa benda yang sama. Ni pertama kali kot dalam hidup aku,aku betul2 syg kat orang dan org tu pun sama. But,dia ada janji yang perlu ditunaikan. Aku redha. Yakin dengan janji yang Maha Esa. Meskipun berkoyan – koyan air mata luruh bak hujan time monsoon timur laut. Hahahaha.. over betul perbandingan.
Aku pun tak pernah minta apa – apa dari dia kecuali persahabatan; yang akan tamat atau expired bila mana aku bergelar tunangan orang or isteri orang. Tu pun bukan yang aku mintak. Dia yang janjikan. Tapi, deep inside memang aku setuju dengan janji dia tu. insyaALLAH, aku akan tunaikan janji tu. Termasuk satu lagi janji. Lepas tamat belajar,i’ll be gone from his life. Bawak diri. Ikut haluan masing – masing. Yang tu aku tak tahu laa dia setuju ke tak.  Mati? Itu memang pasti memisahkan aku ngan dia. Dia kata, nak tengok aku kawin. Nak hadir masa big day aku. Kalo aku kawin laa..
Awak, sanggup ke tengok big day saya kalo saya disuruh kawin masa tengah belajar ni? Mungkin awak sanggup kalo rasa yang awak ada untuk saya tu hilang. Saya doakan awak jugak. Semoga janji awak tertunai. Thanks. Saya tahu awak doakan saya jugak. Mungkin saya bukan yang terbaik. Mungkin awak jugak bukan yang terbaik. HE knows best for us,kan? 
aku tahu, memang tak proper for a guy and a girl to be a good friend. ikhtilat.  mudah – mudahan, dia lelaki terakhir yang menjadi kawan baik aku. Pasni, kawan ngan suami la pulak. Hahahhaha.. nak pijak2 kaki pun seronok je. Boleh tarik2 pipi dan tepuk dahi tanpa menerima sebarang ugutan yang membuatkan aku blushing tak tentu hala. =.=”.
Awak,thanks.
For everything.
For laugh. Yang buat saya lupa segala rasa sakit yang duk terjah hati selama ni.
For asking me sama ada dah solat ke belom. Saya suka awak tanya. Membuatkan saya nak cuba solat awal2 sebelum awk tanya sebab saya nak jawab, ‘dah’. Tp Saya solat bukan sebab awak,taw?
For asking me sama ada dah makan ke belom. Saya tahu. Awk tak risau pun kalo saya tak makan tp saya pun taknak sakit sebab tak makan. Nanti takde tenaga. Awak bukan leh tolong angkat saya pun kalo saya pengsan lagi macam dulu. Nak solat pun gigil nanti.
For warning me not to text u whenever i’m driving. Saya tau. Bukan awak risaukan saya tapi awak taknak jadi penyebab kalo saya XCIDENG,kan? ahhaha.. awak laa ajar saya word ni..
For comforting me whenever i down on my knee..
For supporting me...
For make me cry... at least, membuktikan bahawa saya masih ada perasaan yang tak tahu sampai bila akan wujud dalam diri.
Banyak lagi yang awak dah buat. To simplify it, awak dah buat perubahan dalam diri saya. Selama ni, saya selalu mintak dengan Allah supaya kurniakan saya kekuatan. Beri saya suami yang dapat bimbing saya menujuNya. Mungkin saya tak sempat kahwin, Allah dah panggil saya balik. Mungkin sebab tu kot Allah temukan saya dengan awak. Guidance yang saya nak, coming from Allah through awak, hope so. And thanks for that. Harap saya betul. *tepuk dahi sendiri*. Mungkin juga melalui buku – buku yang saya baca tu sedikit sebanyak bukak pintu hati saya.
Awak,
Saya janji yang saya akan kuat semangat. Tapi kadang2 sweetpain tu datang ketuk2 dinding hati saya. Jenuh saya halau tapi dia datang jugak. Sorry ye.. bukan nak buat awak serba salah. Tetapkan hati awak. Macam saya cuba buat skang ni.. Doa la semoga janji awak tertunai. Semoga apa yang jadi kat saya, tak jadi dekat dia. Amin. Sebab saya tahu macam mana sakitnya bila janji dimungkiri.
......................
Cik blog: abes dah?
Aku: dah. At least for now. Semoga kami dapat yang terbaik.
Cik blog: amin. Allah Maha Mengetahui.

Jumaat, 4 Mei 2012

come back.. with...

Assalamualaikum..
Hye cik blog.. lama tak jumpa,kan? Aku bizi.. sangat2 bizi.. ngan life yang tak berapa nak betul sejak past few months. *sigh*
Lately, aku banyak heart talking je.. lebih kepada muhasabah diri. Kot. Mungkin. Perhaps.
Cik blog, rasa sedih yang duk terjah hati tiap2 hari tu memang buat aku hilang selera makan. Tak lalu dah nak hadam. And im losing my weight on that time. Cian kat cik perut. Mesti awk rase pedih yang mencucuk2 ditambah dengan gastric yang saya ada ni.  Sorry ye cik perut. Now im being good. Since takde sape yang nak jaga awak kalo saya sakit,kan? I’ll be on my own. Tak perlukan orang lain untuk menyibuk dalam hidup sy. And im good. All good.
Cik blog,
Budak Merah tu mesej aku la malam semalam. Mesti ko pun terkejut,kan? Dah setahun setengah dia tinggal aku and tetiba muncul balik. Susah payah aku nak gain balik semangat aku yg rabak sebab kena tinggal ngan besfren (he was!!) time final exam, tetibe dia datang balik.. sakit tak terkata.. berkilo2 berat aku turun time tuh. Thanx to you~!
Nak taw dia kata ape?
‘its been times sy teringatkan awk. Seriously, yes..’
‘sy msg awk bkn sbb lain, just to keep myself calm.. ’
Macam bodoh.
Aku?
Langsung tak reply mesej2 dia. Clueless. Dia tinggalkan aku without any reason. Langsung tak cakap ape salah aku. Maunya tak sakit. Time arwah paklong meninggal plak tu. Aku manusia la budak merah. Bukan android mcm terminator tuh. Kalo aku ni terminator, ko dah lama mati kena tembak ngan aku. Sepupu aku kata, takyah layan ko. Bia aje. Hati pun tak sakit. Tapi hati aku sakit time ko mesej tuh..!!
Cik blog: Epi, enough.. dah la tu. Cukupla dengan apa yang ko dah lalui. Teruk mana pun life ko, ko survive jugak kan?
Aku: yep.. Alhamdulillah.. i live. Even dulu aku suffer jugak bila asik kena benam ngan kawan2.. heh, patot ke digelar kawan? 
Cik blog: dah la epi. At least, ko dapat kuatkan semangat. Banyak dah blessing yang ko dapat lepas dia hilang dulu. Ujian, tanda Allah sayang.. mungkin dengan derita hidup dan retaknya hati dapat dekatkan ko dengan Allah.
Aku: true. Thank you Allah. And please help me to keep him away from me ya Allah. Amin.  

Sabtu, 16 Julai 2011

kawin lari

Assalamualaikum...

hye cik blog~~

ari ni aku nak kasi cuci ko sikit... dah lama tak menziarah ni.. =.=

past few weeks, kawan aku cite pasal kawin...  kije kawin ni bukan senang.. nak prepare majlis tu, berbulan2 lamanya... semua nak kena perfect... yela, kawin sekali aje seumur hidup.. yang nak kawin banyak kali tuh, toksah nak tersengih2 depan aku laa.. free je aku sekeh... ahahahahha..

bab nak pilih pasangan hidup bukannya macam pilih ikan kat pasar... tapi kan, kalo beli ikan pun mesti laa nak yang segar2... mata tak terbeliak macam pakcik gondol yang tercekik buah getah... tak merah macam pakcik gondol yang tengah malu2 ayam.. 

*sukati je mengata orang.. ahahhaha

cik blog: pilih punya pilih, tapi parent tak suka macam mana lak??
aku: ntah.. =.=.. senang cita, suruh je parent cari.. 
cik blog: eh, ade cara laa kalo parent tak setuju..
aku: macam mana??? *excited nak tahu*
cik blog: kawin LARI.. hoho
aku: tak mau laa... 
cik blog: apesal pulak?? ko taknak parent malu eh?
aku: aah.. kawin takde restu parent, buat ape... tak bahagia aku dunia akhirat.. lagipun penat laa...
cik blog: ape yang penat?
aku: penat nak kawin sambil lari...nak lari laju2 pon tak boleh,nanti semput tok kadi nak kejar kitorang time nak akad nikah.. ahahhahah
cik blog: tetibe aku rase nak tampar ko~!!

heheh... babai cik blog~~

Ahad, 19 Jun 2011

bercinta lepas kawin?

Assalamualaikum...

cik blog, 

nak taw satu cite tak?? semalam aku ada baca satu majalah akibat kebosanan menunggu sepupu aku yang duk tunggu turn ambik netbook free dari kerajaan Terengganu *if not mistaken*...dalam majalah tuh  ada cite pasal sorang perempuan yang duk tunggu bila laa datangnya waktu dia jumpa insan yang bakal temani hidup dia sehingga akhir hayat... pastu, dia dapat panggilan dari mak dia yang mengatakan ada orang meminang dirinya... kata mak beliau lagi, 

mak: bercinta lepas kawin ni indah... kalo bercinta sebelum kawin, semua dah ucap.. semua dah cakap.. nanti perkahwinan jadi hambar..
dia: mak, kalo lepas kawin baru kita taw dia tu jenis badan busuk, tido berdengkur, pengotor, dan sewaktu dengannya, bahagia ke mak??

teros senyap mak dia... 

ahahhahah... siyesly,aku gelak baca pasal pmpuan tuh dengan mak dia... betul jugak kan ape dia cakap.. lepas kawin baru taw keadaan yang macam tuh jadi, boleh bahagia ke??

lagi??? 

no komen.. hahaha..

k.. babai cik blog~~ 

Sabtu, 18 Jun 2011

cinta hati aku

Assalamualaikum...

cik blog, 

mesti ko tak penah kan tgk cinta hati aku?? hoho... kompem ko jeles nanti...

meh aku introduce kat ko... 

tadaaa~~~


my syg
ni laa insan yang bertakhta dihati aku selama 22 tahun... 

cik blog,

ari tuh aku ada tengok iklan kat astro.. pasal satu cite 'sayang abah'.. zul ariffin yang berlakon dalam movie tuh.. kalo ko tengok Nora Elena,mesti ko taw sape zul ariffin tuh... dalam cite 'sayang abah' tu, zul jadi seorang abah yang bisu... he did everything to make his daughter happy..

siyesly, aku sangat2 tersentuh hati.. berair bijik mata.. *sumpah tak tipu*. tu baru tengok trailer.. kalo tengok cite full, melimpah ruah laa ruang tamu tuh dengan tisu2 aku wat lap air mata and hingus... kih4

cik blog: cehhh... pengotor!!
aku: ahhahaha..
cik blog: so, cinta hati ko tuh macam mana plak??
aku: abah??

dari mata seorang anak yang nakal ni:

abah tidak banyak cakap.. gigih bekerja.. tidak mengeluh.. namun jauh di sudut hati abah, aku tahu abah penat.. mana tak nye, anak lelaki hanya 2 orang.. jauh beza berbanding anak perempuan seramai 6 orang... jumlah anak lelaki yang sedikit itu, mungkin tidak mampu menolong abah dalam kerja hariannya di sawah dan juga di rumah...

yep, aku anak petani dan im really proud about who i am.. 

kalo setakat nak kejar ayam itik masuk reban, angkut rumput nak bagi lembu makan dan bercucuk tanam tu boleh laa aku nak tolong... tapi, ko jangan tak percaya pulak cik blog... anak perempuan abah ni jugak laa yang duk angkut pasir, simen dan batu time abah nak renovate dapur taw... berketul2 lengan aku ni haaa... ahahhahah

mungkin jangka masa 22 tahun belum cukup untuk aku memahami abah... jauh di sudut hati kecik aku ni, aku sangat sayang abah... 

cik blog, 

sepanjang 22 tahun aku hidup sebagai anak abah tapi seingat aku, tahun ni adalah tahun pertama aku cium pipi abah... 

mungkin agak lambat tapi belum terlewat,kan? 

mungkin aku sendiri yang segan... mana mungkin anak nakal lagi degil macam aku ni nak tunjuk sayang depan2, kan??

tapi,

mungkin disebabkan faktor sering berjauhan dan banyak TERmakan *hasutan* rakan2 membuatkan aku makin lama makin nak tunjuk yang aku sayang abah.. thanx to them yang buat aku tumpah air mata depan ma abah.. at least, korang jadi pencetus untuk aku bagitaw parent aku tentang apa yang aku rasa... ahahhaha

cik blog, 

maaf yep... aku taw ko takde bapak... ko anggap aje pakcik gondol tuh sebagai bapak ko.. ahahhaha...

so,ko jangan jeles aku nak wish 'selamat hari bapa' untuk abah aku... 

abah,

"SELAMAT HARI ABAH". SAYANG ABAH... 

babai cik blog~~

Jumaat, 17 Jun 2011

peterpan + neverland

"Peterpan came one night and invited me to Neverland where I can never grow old. I was about to go but I refused cause I thought of something better to do. That is to grow old with you."


Assalamualaikum 

hye cik blog... 

ayat kat atas tu sweet tak?? ahahahhaha.. maaf laa.. aku tak reti nak wat ayat sweet neh.. ayat sour bleh laa.. tu pon cilok ayat orang.. lupa dah ayat sape.. huhu... 

tapi kan,


" if peterpan does really exist, i will ask him to bring me to Neverland... a place that children remain young forever coz i did not have enough strength and braveness to face this hard cruel world" 




kadang2, otak bersih aku ni slalu pikir pasal ayat aku kat atas tuh. =.='.  sronok kan jadi budak2... tak payah nak pikir masalah... taw main ajer... kena marah, sengih2 je laa... pastu buat lagi... tapi tak logik la kalo aku nk maintain muda aje...  tapi kalo boleh, aku nak kekalkan elemen childish tu dalam diri aku... means, aku taknak tinggalkan dunia komik aku yang mana memberi gelak ketawa dalam kucar kacirnya hidup aku ni...

* ape aku tulis nehh?? =.=!! pakcik gondol, aku melalut lagi~

babai~